Ciri-ciri stesen Stesen_MRT_Kota_Damansara

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian di Kota Damansara, Selangor berdekatan persimpangan Persiaran Surian dan Jalan Teknologi. Di sebelah selatan stesen adalah hospital swasta Thomson Hospital Kota Damansara manakala di utara stesen adalah Seksyen 4 Kota Damansara. Juga terletak berhampiran stesen adalah universiti swasta SEGi University, sekolah swasta Sri KDU School, SMK Sekysen 4 dan taman perumahan PJU 3.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Surian)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Kwasa Sentral)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 780 dan T805 berkhidmat di stesen ini.